Pemain beregu lelaki profesional negara, Goh V Shem, melahirkan kekecewaan terhadap pengadil yang kurang pengetahuan dalam servis badminton setelah ia menjadi punca kekalahan di tangan pasangan Indonesia ketika pertemuan suku akhir Kejohanan Seluruh England 2019 semalam.
V Shem dan Wee Kiong turun ke gelanggang bukan sahaja untuk mencari slot separuh akhir, namun mahu menebus kekalahan ketika final Masters Malaysia, Januari lalu, di mana mereka tunduk di tangan Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto.
Bagaimanapun, momentum mereka terganggu apabila beberapa insiden membabitkan servis V Shem dibatalkan pengadil yang mendakwa servisnya terlalu tinggi, sekali gus mengundang mata mudah buat lawan.
V Shem cuba memprotes tetapi ia tidak mengubah apa-apa dan akhirnya ia menjadi salah satu punca kekalahan pasangan Malaysia itu semalam.
"Banyak faul diberikan. Saya rasa ia tidak adil. Saya sudah bermain badminton selama 20 tahun tetapi dipersalahkan dalam servis. Saya tidak berpuas hati," kata V Shem.
V Shem dan Wee Kiong tidak akan menyertai saingan Terbuka Switzerland, Selasa ini dan bakal pulang ke tanah air bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi Kejohanan Terbuka Malaysia yang akan berlangsung kurang tiga minggu sahaja lagi.
"Kalau saya ada faul ketika servis, hari pertama saya sudah terkeluar. Servis saya tetap sama. Perkara ini perlu diubah kerana ia tidak mencapai standard," tambah V Shem.
"Perkara ini perlu diberi fokus kerana kami sudah berada di hari ketiga. Sebelum ini, tiada masalah sebegini. Tahap pengadil di mana, itu kami tidak tahu," ujar Wee Kiong.