Hasrat beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, untuk menamatkan perjalanan sebagai juara dalam penampilan pertama Kejohanan Badminton Seluruh England tidak kesampaian setelah akur tewas dalam aksi tiga set kepada pasangan beregu veteran Indonesia, Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan, malam tadi.
Aaron-Wooi Yik menjadi wakil beregu lelaki Malaysia yang tampil di pentas final kejohanan tersebut selepas Koo Kien Keat-Tan Boon Hoong melakukannya dalam edisi 2011.
Lawan mereka, Hendra Setiawan, masih berbalut di kaki kanannya tetapi dia dan Ahsan mempunyai reputasi yang digeruni sebagai juara edisi 2014 selain turut bergelar bekas gandingan nombor satu dunia.
Bagaimanapun, permulaan baik Aaron-Wooi Yik menyaksikan mereka mudah menawan set pertama 21-11.
Aaron-Wooi Yik sering ketinggalan pada awal pertarungan set kedua yang menyaksikan mereka sukar untuk mengejar kedudukan Hendra-Ahsan, seterusnya membenarkan lawan menang 21-14 untuk mengheret permainan ke set penentuan.
Beregu lelaki negara terus buntu selepas itu apabila serangan mereka gagal memungut mata dan akhirnya terus ketinggalan yang menyaksikan Hendra-Ahsan menamatkan cabaran wakil negara itu 21-12.
"Permulaan kami agak bagus. Kami mendapat rentak dengan memberikan tekanan tetapi lawan mendapat rentak mereka dalam set kedua.
"Ia menyukarkan kami untuk bangkit," kata Wooi Yik.
Dalam masa sama, Aaron akur dengan keampuhan lawan tetapi menyedari kekalahan mereka juga didorong kesilapan sendiri.
"Mereka sememangnya beregu legenda. Taktikal dan pengalaman mereka lebih tinggi daripada kami.
"Permulaan kami dalam pertarungan hari ini agak baik, cuma dalam dua set berikutnya kami mungkin agak terburu-buru," ujarnya.