Pasangan profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, mengetuai cabaran skuad beregu campuran negara mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Seluruh England untuk bertemu seteru utama dari Indonesia, Tontowi Ahmad, yang kini bergandingan dengan pasangan baru.
Peng Soon-Liu Ying terpaksa berhempas-pulas sehingga ke set ketiga sebelum mencatatkan kemenangan 19-21, 21-10, 22-20 ke atas pasangan Jepun, Takuro Hoki-Wakana Nagahara, di Arena Birmingham, awal pagi tadi.
Mereka kini berpeluang untuk menebus badi kekalahan ke atas pemain Indonesia, Tontowi Ahmad, yang kini bergandingan dengan pemain muda, Winny Oktavina Kandow, setelah Liliyana Natsir mengumumkan persaraan Januari lalu.
Selain dikecewakan dalam Sukan Slimpik Rio 2016, Peng Soon-Liu Ying sebenarnya tidak pernah memenangi sebarang aksi berdepan Tontowi-Liliyana sejak 2012 dengan 11 daripada 12 pertemuan memihak gandingan Indonesia itu.
Bagaimanapun, Peng Soon tetap berwaspada terhadap lawan mereka dalam pusingan kedua itu kerana Tontowi mampu membimbing Winny untuk menafikan peluang mereka ke suku akhir.
"Ia tidak susah, namun tidak juga mudah.
"Tontowi masih pemain terbaik dan saya percaya dia mampu membimbing pemain muda ke standard yang tinggi.
"Kami perlu mempersiapkan diri dengan sebaik mungkin sebelum menentang mereka," katanya.
Sementara itu, hasrat untuk melihat satu lagi pasangan negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, mencipta kejutan ke atas pilihan kedua kejohanan, Wang Yilyu-Huang Doping, tidak kesampaian walaupun mereka mempamerkan aksi melawan sehingga membawa perlawanan ke set pentuan.
Kian Meng-Pei Jing, bagaimanapun, tewas 21-15, 16-21, 12-21.
"Kami melakukan kesilapan mudah dalam set ketiga.
"Gara-gara itu, kami ketinggalan agak jauh dengan mereka," kata Pei Jing.