Skip to main content

Badminton

Seluruh England: Liu Ying tekad perkemaskan aksi

chan-peng-soon-goh-liu-ying.jpg
Mengenang final Seluruh England musim lalu, ratu beregu campuran negara, Goh Liu Ying, membara untuk kembali ke pentas itu dalam edisi 2018. 

Liu Ying serta gandingannya, Chan Peng Soon, akur final itu merupakan peluang terbaik mereka untuk meraih kejayaan Seluruh England. 

Namun, kekecewaan tewas dalam final itu di tangan beregu muda China dikongsi setiap rakyat Malaysia. 

Yang terpaksa menanggung penderitaan itu adalah Liu Ying menerusi siri kecederaan, terutama di bahu, yang memaksanya untuk berehat panjang.

"Saya berasa lebih teruja. Kami tidak sangka boleh mara sejauh final. 

"Sehingga kini, suasana itu masih lagi terasa," katanya. 

Sejak kembali beraksi di samping Peng Soon awal tahun ini, Liu Ying makin mendapat rentak, termasuk memenangi Kejohanan Terbuka Masters Thailand. 

Bagaimanapun, kekalahan dalam Masters Malaysia dan Terbuka India menyedarkannya terhadap keperluan untuk terus mencari sentuhan sebenar. 

"Setakat ini agak sukar. 

"Banyak lagi yang perlu diperbaiki, saya harap tempoh seminggu ini dapat digunakan untuk meningkatkan kombinasi saya dan Peng Soon selain kekuatan sendiri," katanya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video