Naib juara Kejohanan Badminton Seluruh England edisi lalu, Lin Dan, menerima tamparan hebat setelah disingkirkan dalam pusingan pertama oleh pemain Jepun, Kanta Tsuneyama, di Arena Birmingham, awal pagi tadi.
Lin Dan hadir ke Birmingham untuk merebut kejuaraan yang kali terakhir dimenanginya pada 2016.
Di atas kertas, Lin Dan tidak seharusnya menghadapi masalah untuk menewaskan Tsuneyama berdasarkan rekod kemenangan bersih dalam dua perlawanan terdahulu.
Namun, perkara sebaliknya berlaku apabila Lin Dan bergelut untuk mengatasi Tsuneyama walaupun mengungguli set pertama 21-19.
Set kedua jelas milik Tsuneyama yang memerangkap Lin Dan untuk melakar kemenangan 21-14 sebelum menoktahkan cabaran dengan kemenangan 21-7.
"Saya melakukan kesilapan dengan membenarkan lawan mencuri banyak mata.
"Ketika sudah mendapatkan rentak, ia sudah menjadi terlalu sukar untuk saya mengejarnya," katanya selepas tamat perlawanan.
Lin Dan secara peribadi mengakui persiapannya menghadapi edisi ini tidak sebegitu rapi jika dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu.
Dalam edisi tahun lalu, dia meraih gelaran naib juara setelah tumpas kepada rakan senegara, Shi Yuqi, di pentas final.
"Saban tahun, setiap pemain semakin meningkat dan bijak mengambil peluang.
"Tambahan pula, tahun ini merupakan tahun kelayakan ke Sukan Olimpik, jadi pasti ramai yang mahu memberikan aksi terbaik mereka.
"Saya masih mempunyai banyak kelemahan untuk diperbaiki jika mahu bersaing dengan mereka," katanya.