Menjelang Kejohanan ASEAN Deaf Games 2025, Edmund Teo, ingin membuktikan bahawa golongan pekak mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan membawa kilauan pingat emas dalam salah satu kategori saingan badminton.
Edmund juga berazam meneruskan momentum cemerlang dalam tiga kategori yang akan disertainya iaitu beregu campuran, perseorangan lelaki dan beregu lelaki.
Menerusi persiapan rapi daripada jurulatih, Chong Sook Chin, Edmund yakin mampu meraih pingat emas, tapi perlu waspada ancaman dari Indonesia yang kerap melakukan perubahan taktikal di saat-saat akhir.
"Kami sudah ada dalam acara beregu campuran, beregu lelaki dan individu jadi saya berharap dapat meraih satu pingat emas kerana itu sasaran kami dalam beregu campuran dan individu.
"Memang ada tekanan untuk berkomunikasi dengan orang biasa tetapi saya berharap orang pekak setara dengan orang biasa selain akan mengambil cabaran ini untuk lakukan yang terbaik." katanya.
Kontinjen negara akan berangkat ke Jakarta pada Selasa depan bagi saingan ASEAN Deaf Games dan membawa harapan mencapai sasaran ditetapkan iaitu melakar 16 pingat emas.