Skip to main content

Badminton

Sairul nantikan kerjasama dengan Misbun

sairul-amar-ayob.jpg
Kehadiran Datuk Misbun Sidek ke dalam kem negara bukan sahaja dinantikan pemain perseorangan negara, malah barisan jurulatih lain.

Antaranya, sudah pasti Sairul Amar Ayob yang kini mengendalikan perseorangan lelaki selepas melatih perseorangan wanita sebelum ini.

Dalam tempoh singkat bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Sairul berpandangan kehadiran Misbun akan membantu meningkatkan mutu pemain dan barisan kejurulatihan perseorangan negara.

"Saya menanti cabaran baru ini. Kehadiran Datuk Misbun membuka peluang untuk saya mempelajari segala ilmu yang bakal dicurahkannya," kata Sairul.

Penstrukturan semula program yang akan bermula pada 1 Julai ini bakal menyaksikan Misbun kembali mengepalai kem perseorangan lelaki negara selepas meletak jawatan pada 2011.

Bagi Sairul, melatih pemain lelaki memerlukan dinamik berbeza berbanding pemain wanita.

"Lelaki atau wanita sama tetapi yang paling penting perlu bijak mencari jalan dalam memikat mereka. 

"Ketegasan dan kekerasan itu ada tetapi perlu cari jalan terbaik bagi memastikan mereka mengikut arahan jurulatih," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video