Bekas Pengurus Besar persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh, menuntut badan induk itu dirombak berdasarkan kepada situasi barisan pemain negara yang kini sudah tiada taring di pentas antarabangsa.
Situasi ini sedih untuk di terima namun itulah hakikatnya.
Prestasi semasa yang ditampilkan Sukan Asia 2018 menjadi bukti jelas Malaysia bukan lagi kuasa besar dunia dan ia kini umpama malapetaka buat kem badminton negara.
"Pemain-pemain Malaysia tidak lagi disegani oleh pasukan lain.
"Lapan tahun dulu, kita boleh lihat bahawa sebelum mereka memasuki gelanggang, pihak lawan sudah berasa hormat dan segan kepada pemain Malaysia.
"Ia secara tidak langsung memberikan kelebihan psikologi kepada pemain Malaysia, tetapi ia sudah hilang sekarang," kata Kenny.
Justeru, BAM perlu bertanggungjawab.
Rombakan itu perlu baik daripada segi, kejurulatihan, pemain mahupun struktur pengurusan. Jika tidak, hasrat untuk cemerlang dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 sekadar angan-angan sahaja.
Demi menyelamatkan situasi ini, tindakan drastik perlu dilakukan segera.
"Saya tidak katakan masalah itu berpunca kepada pemain semata-mata.
"Mungkin pemain, jurulatih atau struktur BAM.
"Mereka kena tahu punca masalah itu dan cuba selesaikan.
"Pucuk pimpinan perlu ikhlas dan jujur dalam membuat penilaian kepada diri sendiri," tambahnya.
Begitupun, jika Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) hanya mampu memberi gambaran perubahan pemain melibatkan Program Podium semata-mata, itu bukan jaminan untuk proses jangka masa panjang masa depan badminton negara.