BADMINTON
Remaja Kebangsaan: Shaqeem, Kasturi muncul juara
Kejutan berlaku di Pusat Akademi Badminton Perak, Ipoh apabila pemain pilihan kesembilan, Muhammad Shaqeem Eiman Shahyar, dan Kasturi Radhkrishnan dari Selangor muncul juara kategori lelaki dan wanita bawah 18 tahun Kejohanan Badminton Remaja Kebangsaan, semalam.
Shaqeem menewaskan pilihan kedua kejohanan, Goh Wai Yap dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM), 18-21, 21-11, 21-12 manakala Kasturi menang ke atas Tan Min Er (BAM) 14-21, 21-18, 21-7.
Dengan kemenangan itu, Shaqeem berhasrat untuk lebih fokus dan lebih berdaya saing dalam sukan ini pada masa depan.
Iklan
"Saya tidak sangka boleh sampai ke tahap ini. Saya hanya fokus dalam permainan dan cuba yang terbaik.
"Harap kejayaan ini sebagai pemangkin untuk saya bermain lebih baik dalam kejohanan lain nanti," kata Shaqeem.
Sementara itu, bagi Kasturi, kemenangan ini memberikannya kekuatan daripada segi psikologi, terutama apabila turun mewakili Selangor dalam Sukan Malaysia (Sukma) pada September nanti.
"Saya kena lebih kuat berlatih dan menyertai sebanyak lagi kejohanan jika mahu terus maju lagi dan kalau boleh mewakili negara suatu hari nanti," ujarnya.
Selain itu, keputusan lain menyaksikan pasangan Chua Yue Chern-Ooi Jhy Dar menewaskan Goh Wai Yap-Lee Shun Yang 21-19, 14-21, 21-,17 untuk muncul juara beregu lelaki.
Low Yeen Yuan-Siow Zi Xuan pula menang ke atas Cheng Su Yin-Cheng Sy Hui 16-21, 21-19, 21-11 bagi acara wanita.
Must-Watch Video