Skip to main content

Badminton

Rasmi: Goh Sze Fei-Nur Izzuddin kini nombor satu dunia!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

izzi.jpg
Beregu lelaki professional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, hari ini sah bergelar gandingan baru dari Malaysia yang menduduki ranking nombor satu dunia.

Dalam kemas kini ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyaksikan mereka memintas wakil Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen selepas mereka tewas kepada Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam aksi separuh akhir Masters Malaysia baru-baru ini.



 

Dalam pada itu, Aaron Chia-Wooi Yik kini di tangga ketiga dunia dan juara Masters Malaysia 2025, Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut meningkat satu nak tangga untuk berada di nombor tujuh dunia.
 

Advertisement

Must Watch Video