Skip to main content

Badminton

Purple League sedia bekerjasama dengan BAM

purple-league-200617.jpg
Badan liga badminton profesional negara, Purple League, menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menstruktur pembentukan liga kebangsaan.

BAM sebelum ini berhasrat untuk mewujudkan liga kebangsaan tersendiri sehingga menimbulkan persoalan mengenai masa depan Purple League.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Purple League, Datuk Jack Koh, perbincangan di antara dua badan induk itu sudah dijalankan demi mencari penyelesaian terbaik buat sukan badminton negara.

“Negara ini bukan satu negara yang besar, jadi sudah semestinya kami mencari jalan penyelesaian terbaik bersama-sama dan kini proses sedang dijalankan,” katanya.

Selain itu, Jack juga tidak menafikan kewujudan Purple League adalah untuk menambah bilangan jurulatih tempatan berkualiti.

“Kami mencipta platform ini bukan hanya untuk pemain tetapi dalam masa sama untuk jurulatih.

“Harapan kami adalah untuk mengembangkan liga ini ke peringkat antarabangsa kerana buat masa sekarang, kami sudah pun berada di beberapa negara selain Malaysia,” kata Jack.
 

Advertisement

Must Watch Video