BADMINTON

Program RTG: Hannah Yeoh ambil maklum kekangan Sze Fei-Nur Izzuddin

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
27/02/2025
10:39 MYT
Sponsor Banner
Program RTG: Hannah Yeoh ambil maklum kekangan Sze Fei-Nur Izzuddin
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menyifatkan prestasi semasa akan menentukan peluang beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani, untuk diserap dalam Program Road to Gold (RTG).
Berada di ranking kedua dunia, Hannah sudah mengadakan pertemuan dengan pasangan itu bagi membincangkan Program RTG berikutan tidak pernah menerima tawaran berkenaan.
Hannah turut memberi bayangan lebih ramai atlet profesional berpeluang menerima sokongan Program RTG menerusi jawatankuasa baru yang akan diumumkan bulan depan.
"Semalam saya berjumpa dengan mereka untuk jelaskan fungsi RTG.
"Cabaran mereka hadapi sekarang (ialah) bukan lagi bersama BAM (Persatuan Badminton Malaysia) dan perbincangan akan terus berlaku untuk Mac nant.
"Saya akan umumkan jawatankuasa baru RTG.
"RTG sedang senaraikan atlet yang bertaraf 10 terbaik dunia dalam Sukan Olimpik.
"Semalam mereka dengar (penjelasan mengenai) bentuk sokongan yang diberikan kepada atlet RTG, khasnya atlet profesional," katanya.
Dalam perkembangan lain, Hannah turut mengulas mengenai status pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed.
Nadi Arena sebelum ini melaporkan Noorul menyerahkan kepada Hannah untuk menentukan kedudukan di yayasan itu setelah tempoh khidmatnya berakhir 7 Mac ini.
"Untuk setiap ahli lembaga (organisasi) -- bukan sahaja untuk YAKEB -- kami hendak pastikan ada peluang orang lain untuk berkhidmat, ataupun pengalaman orang lain untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik.
"Tidak semestinya orang lama tidak elok tapi kalau masanya sudah tiba untuk penambahbaikan dan perubahan, mungkin itu yang saya akan lakukan.
"Kami mahu pastikan tatakelola proses pelantikan itu teratur," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video