Misi layak ke Piala Thomas secara merit sudah tidak boleh diraikan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memandangkan sasaran yang pernah diletakkan sebelum ini adalah untuk memenangi piala simbol keagungan badminton dunia itu.
Dalam mengambil langkah proaktif, BAM sudah mempunyai perancangan jangka pendek untuk memastikan Malaysia ke Bangkok, Thailand, pada Mei nanti sebagai pencabar sebenar.
Kepada pemerhati luar, mungkin ada jurang besar di antara barisan perseorangan negara selain Datuk Lee Chong Wei dengan jaguh Asia lain seperti Jepun, Korea Selatan dan Indonesia.
Begitupun, ketua jurulatih perseorangan, Datuk Misbun Sidek, yang mampu tersenyum sejurus selesai kempen dalam Kejohanan Berpasukan Asia di Alor Setar, Kedah, minggu ini sudah mengenal pasti apa yang diperlukan anak-anak buahnya.
Sebagai perancang utama kempen Malaysia di Bangkok nanti, tugas Misbun turut membabitkan keperluan mengkaji barisan lawan. Ini akan memudahkannya memilih dan merencana susunan yang mampu menjamin mata buat negara.
"Apa yang kami ada sekarang ini ialah aspek teknikal, kami tidak kalah dari segi itu.
"Kami harus bina secara saintifik dengan cara yang sistematik untuk ke arah itu.
"Sekiranya perubahan nampak jelas daripada pembinaan ini, saya percaya mereka akan berada pada satu tahap yang lebih tinggi lagi.
"Kami masih mempunyai ruang untuk mencabar. Untuk menang? Kita tidak perlu fikir begitu jauh tetapi kita harus melihat di mana perkara yang penting. Persiapan dan siapa yang hendak dipercaturkan untuk kami bermain di Bangkok nanti.
"Ini bukan senang, ia satu kerja yang amat rumit daripada bahagian perseorangan.
"Kami perlu betul-betul mengambil inisiatif yang penting untuk dipersiapkan," katanya.