Secara tradisinya, Malaysia lebih mengutamakan saingan Piala Thomas tetapi sudah tiba masanya Piala Sudirman diberikan tumpuan yang sama.
Sejak dianjurkan pada 1989, Malaysia masih belum berupaya membuat penampilan di pentas final aksi berpasukan campuran, berbeza dengan saingan Piala Thomas.
Sejak 2007, Malaysia mengekalkan status sebagai pasukan Divisyen 1 dengan pencapaian terbaik adalah di peringkat separuh akhir edisi 2009.
Bekas perseorangan negara, Hafiz Hashim, yang beraksi bersama skuad negara pada 2005 -- memenangi Divisyen 2 Piala Sudirman -- berasakan barisan pemain negara sudah mempunyai keseimbangan.
Ini berdasarkan senario pemain perseorangan dan beregu lelaki bukan lagi harapan tunggal Malaysia apabila beregu campuran mempamerkan peningkatan mendadak.
"Format Piala Sudirman ini adalah aksi berpasukan campuran.
"Ketika saya menganggotai skuad negara, Malaysia lebih fokus kepada kempen Piala Thomas.
"Buat masa ini, kita mempunyai pasukan yang mantap sejak beregu wanita dan campuran menunjukkan peningkatan.
"Selain faktor kecederaan, pasukan ini adalah sebuah pasukan yang kuat," katanya yang pernah membantu negara memenangi acara berpasukan campuran dalam Sukan Komanwel 2010 di New Delhi.
Skuad Malaysia yang sudah tiba di Gold Coast, Australia, bagi mengharungi kempen Piala Sudirman 2017 mempunyai aspirasi untuk layak ke pentas penentuan kejuaraan.
Bagaimanapun, Hafiz berasakan ada baiknya mereka menumpukan perhatian dahulu terhadap saingan peringkat kumpulan, iaitu menentang Jerman dan Jepun.
"Adalah lebih baik kita memberi fokus di peringkat kumpulan.
"Bagi saya, Jerman dan Jepun agak kuat dalam saingan berpasukan campuran."