Goh V Shem tampil memikul tanggungjawab ke atas kemerosotan prestasi dirinya serta gandingannya, Tan Wee Kiong, ketika spekulasi mulai timbul terhadap masa depan mereka.
Kehilangan status selaku beregu lelaki nombor satu dunia sudah pasti satu kekecewaan besar buat dua pemain ini.
Lebih membimbangkan, prestasi mereka sepanjang 2017 menyaksikan mereka mengharungi lima kejohanan tanpa sebarang kemaraan ke peringkat separuh akhir.
Sudah pasti, ini bukan bayangan hala tuju kerjaya mereka selepas muncul finalis Sukan Olimpik Rio 2016 di samping menamatkan musim 2016 sebagai beregu lelaki terbaik dunia.
"Prestasi kami pada tahun ini tidak begitu bagus.
"Saya harap kempen Piala Sudirman (hujung bulan ini) mampu mengembalikan keyakinan kami.
"Perubahan corak permainan kami tidak ketara, cuma saya dan Wee Kiong perlu membuat persiapan yang lebih rapi," katanya.
V Shem, yang baru mendirikan rumah tangga, mengikut jejak langkah Wee Kiong sebelum ini apabila berasakan mereka hanya menunggu masa untuk mencipta kebangkitan.
Di sebalik keperluan untuk meningkatkan intensiti latihan dan menangani siri kecederaan, pemburuan gelaran dalam Kejuaraan Dunia di Glasgow kekal sebagai agenda utama mereka.
"Ketika ini, persaingan dalam beregu lelaki sangat sengit.
"Contohnya Indonesia, mereka mempunyai tiga pasangan beregu yang mantap.
"Saya harap kami dapat mengembalikan tahap persembahan dan menyinar dalam Kejohanan Dunia selain kekal sebagai pasangan beregu."