BADMINTON

Piala Sudirman: Malaysia umpama harimau terluka, bakal bangkit -- Razif Sidek

Stadium Astro
Ammar Hakim
20/03/2025
13:29 MYT
Sponsor Banner
Piala Sudirman: Malaysia umpama harimau terluka, bakal bangkit -- Razif Sidek
Benar, realitinya skuad badminton negara melakar keputusan buruk di Kejohanan Badminton Seluruh England tempohari.
Namun, legenda badminton negara, Datuk Razif Sidek melihat itu peluang kem Malaysia untuk menjelmakan kebangkitan sekaligus menutup kritikan di saingan Piala Sudirman bermula 27 April ini.
Razif melihat skuad badminton negara berpeluang melepasi halangan peringkat Kumpulan C Piala Sudirman selepas diundi bersama Jepun, Perancis dan Australia.
Kejohanan berpasukan yang mengambil tempat di Pusat Sukan Olimpik Xiamen itu memperlihatkan di atas kertas cabaran bakal hadir dari pasukan Jepun, namun Razif berpendapat Perancis juga usah dipandang mudah kerana mereka kini semakin mempamer peningkatan prestasi yang mampu untuk menyekat impian pemain negara.
Dia percaya kontinjen badminton negara umpama harimau terluka, dan apabila mereka bangkit, penguasaannya akan lebih menyengat dari sebelum ini.
Biarpun sesetengah pihak menjangkakan skuad negara bakal hadir tempang selepas kecederaan yang dialami beberapa pemain utama, namun Razif menegaskan ada taktikal tersembunyi yang akan disajikan dalam kejohanan tersebut.
Untuk rekod, pencapaian terbaik kontinjen negara di Piala Sudirman adalah ke peringkat separuh akhir untuk tiga edisi -- 2009, 2021 dan 2023.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video