Skip to main content

Badminton

Piala Sudirman : Getar Kumpulan C, bila gergasi terluka, peluang terbuka

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

screenshot-2025-04-23-142546.png
Malaysia, antara kuasa tradisional dalam sukan badminton, masih memburu pencapaian lebih besar di Kejohanan Berpasukan Campuran Dunia. 

Selepas meraih gangsa pada edisi 2021 dan 2023, skuad negara berharap dapat mengekalkan atau memperbaiki pencapaian itu di Piala Sudirman 2025.

Ketiadaan bintang utama, Lee Zii Jia, membuka peluang buat Justin Hoh dan Leong Jun Hao untuk memikul tanggungjawab perseorangan lelaki. 

Namun, kekuatan sebenar Malaysia terletak pada acara beregu. Gandingan mantap seperti Aaron Chia/Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin/Goh Sze Fei dalam beregu lelaki, serta Pearly Tan/Thinaah Muralitharan (beregu wanita) dan Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie (beregu campuran) menambah keyakinan.

Kelemahan utama ialah perseorangan wanita, dan Malaysia perlu bergantung kepada Goh Jin Wei atau Letshanaa Karupathevan jika perlawanan menjadi sengit.

Sementara itu, Jepun muncul sebagai pilihan utama Kumpulan C, dengan kekuatan seimbang dalam hampir semua acara. Namun, prestasi tidak menentu pasangan beregu lelaki utama mereka, Takuro Hoki/Yugo Kobayashi, mungkin menjadi titik lemah.

Perancis pula tampil tanpa beberapa tonggak utama seperti Alex Lanier dan Gicquel/Delrue, menyebabkan harapan mereka agak goyah.

Peluang ini mungkin dimanfaatkan oleh juara Oceania, Australia, yang akan bergantung kepada bintang beregu mereka, Gronya Somerville, serta Jack Yu dan Tiffany Ho dalam acara perseorangan.

Advertisement

Must Watch Video