Aaron Chia mengakui dia dan Soh Wooi Yik sepatutnya menewaskan gandingan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Sudirman minggu lalu.
Namun, Aaron-Wooi Yik tumpas 21-12, 20-22, 21-23 walaupun sekali sempat menguasai mata akhir dalam set kedua dan tiga mata akhir dalam set penentuan.
"Kami sepatutnya memenangi perlawanan itu.
"Ia bukan mudah untuk berdepan mereka walaupun mereka baru kembali daripada kecederaan.
"Daripada segi permainan kami, ia berjalan dengan baik tetapi kami tidak dapat memuktamadkan mata akhir itu.
"Kami akan menjadi lebih baik untuk perlawanan seterusnya," kata Aaron.
Malaysia akhirnya kecundang 2-3 walaupun mendahului 2-0 di satu peringkat.
Kekalahan itu menyaksikan pasukan kebangsaan bertemu China dalam suku akhir untuk disingkirkan 0-3.
Kekalahan Aaron-Wooi Yik menentang Hoki-Kobayashi itu bermakna mereka hanya berjaya dua kali dalam 11 pertemuan ke atas seteru dari Matahari Terbit tersebut.
Walaupun memiliki rekod unggul ke atas Malaysia, Aaron-Wooi Yik diletakkan harapan selepas mengatasi seteru itu dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) sebelum ini.
Hoki-Kobayashi juga berkarat memasuki perlawanan itu memandangkan Piala Sudirman merupakan kejohanan kedua yang disertai mereka pada 2025.
Mereka tumbang dalam pusingan pertama BAC kepada Goh Sze Fei-Nur Izzuddin dalam kejohanan pertama membabitkan mereka pada tahun ini.
Aaron-Wooi Yik perlu segera mengenepikan kekecewaan itu menjelang Terbuka Thailand pada minggu depan.
Gandingan nombor empat dunia itu juga berpeluang menghiburkan peminat tempatan dengan mempamerkan aksi terbaik dalam Malaysia Masters, bermula 20 Mei depan.