Skip to main content

Badminton

Perseorangan wanita pamer perkembangan positif -- Sairul

sairul-290617.jpg
Jurulatih badminton perseorangan wanita, Sairul Amar Ayob, berpuas hati dengan kemajuan anak-anak buahnya meskipun hanya sempat mengendalikan sesi latihan selama tujuh bulan.

Sairul bakal menamatkan khidmat selaku jurulatih perseorangan wanita negara akhir bulan ini sebelum memulakan tugas sebagai pembantu Datuk Misbun Sidek dalam bahagian perseorangan lelaki bersama-sama Indra Wijaya. 

Ketika ditemui, Sairul yakin tempoh tujuh bulan bersama kem perseorangan wanita negara dapat digunakan sebaik-baiknya oleh pemain dan kesinambungan itu akan diteruskan oleh penggantinya, Tey Seu Bock. 

“S. Kisona berjaya menang di Indonesia Series tempoh hari dan dia berjaya menumpaskan pemain-pemain yang jauh lebih tinggi dalam ranking dunia, terutama perseorangan kedua Indonesia ketika ini, Gregoria Mariska, dan itu membuatkan saya amat berbangga,” katanya.

Dalam masa sama, Sairul tanpa berselindung menyatakan dia tidak sabar untuk berkhidmat bersama Misbun kerana hanya sempat berlatih selama tiga bulan bersama legenda badminton negara itu ketika masih bergelar pemain.

"Saya hanya sempat bersamanya selama tiga bulan dan tidak dapat menimba ilmu yang banyak.

“Dia memang seorang yang tegas, jadi semua pemain perlu bersiap sedia dengan latihan dan bersedia memberikan komitmen,” ujar Sairul.

Advertisement

Must Watch Video