BADMINTON

Perselisihan faham babitkan pasangan beregu perkara biasa -- Tan Boon Heong

Stadium Astro
King Hisyam
18/03/2025
07:09 MYT
Sponsor Banner
Perselisihan faham babitkan pasangan beregu perkara biasa -- Tan Boon Heong
Bekas pemain badminton beregu negara, Tan Boon Heong, berasakan bahawa perselisihan dan pergeseran membabitkan pasangan beregu badminton adalah perkara biasa.
Menurut bekas pemenang pingat emas sukan Komanwel 2010 itu, keadaan itu malah kadangkala boleh menyebabkan pemain itu akan berdepan dengan situasi yang lebih serius dalam karier mereka.
Tanpa merujuk kepada mana-mana pasangan beregu negara yang baru sahaja menamatkan kempen dalam Kejohanan Seluruh England, Boon Heong berkongsi pengalamannya sendiri sejak menjadi atlet badminton negara sehingga mampu mencapai kejayaan yang gemilang.
Namun, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa setiap pasangan beregu itu mempunyai cabaran dan dugaan masing-masing yang berbeza.
"Setiap atlet mempunyai fikiran dan karakter yang berlainan dan kalau bagi beregu lelaki, kebanyakannya mereka tidak akan tinggal satu bilik atau serumah. (Mereka) akan tinggal berasingan dan kawan-kawan yang lepak kat mamak pun takkan sama.
"Apabila terdapat satu pihak yang tidak dapat menerima kelemahan pasangan, masa itu akan berlakulah perselisihan..semua orangpun sama, akan ingat sendiri paling hebat." Jelasnya dalam satu tulisan yang dimuat naik salah satu media sosial miliknya.
Bahkan, ada yang akan berfikir bahawa mereka masih mampu mencipta kejayaan jika dipisahkan dan mendapatkan khidmat pasangan baharu.
Tambahnya lagi, kebanyakkan pemain hanya akan menyedari kesilapan yang dilakukan apabila kejayaan tidak mampu dijelmakan bersama gandingan baharu yang telah membazirkan masa mereka.
"Masa itu sudah terlambat, sudah bazir masa beberapa bulan dan beberapa tahun. Jangan lupa, karier atlet bukan panjang sangat dan kena hargai masa kita," jelasnya lagi.
Pada Kejohanan Seluruh England yang baru berakhir pencapaian atlet badminton negara kali ini adalah antara yang buruk pernah dilakarkan apabila tiada mana-mana pemain mampu melayakkan diri ke peringkat separuh akhir sejak 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video