Mengulas mengenai pencapaian cemerlang beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh Liu Ying menilai ia sebagai satu permulaan sebenar kepada karier gandingan tersebut.
Kejayaan meraih gelaran juara dunia itu juga menjadi amaran awal buat pencabar lain untuk menggugat kedudukan selaku ranking ketiga dunia.
Bagi Liu Ying, cabaran sebenar bermula selepas menjadi juara kerana setiap lawan akan mula meneliti corak permainan dan strategi mereka, dan disinilah risiko untuk jatuh ke perangkap ‘one-hit wonder’ boleh berlaku.
"Ini merupakan gelaran yang sangat penting buat badminton Malaysia. Saya percaya banyak pemain akan mula mengkaji corak permainan mereka," katanya.
"Bergelar juara dunia adalah permulaan dalam perjalanan ke LA2028. Sebelum ini mereka sentiasa memburu lawan dan kali ini Tang Jie-Ee Wei akan memainkan peranan sebaliknya."