Jurulatih beregu wanita negara, Wong Pei Tty, mempertahankan tindakan gandingan Woon Khe Wei-Vivian Hoo menarik diri daripada Kejohanan Terbuka Russia bagi memberi ruang yang secukupnya untuk kedua-duanya bersedia menghadapi Kejohanan Badminton Dunia yang akan bermula Isnin ini.
Khe Wei akan kembali bergandingan dengan pasangannya, Vivian, dengan mereka kali terakhir beraksi bersama adalah pada Februari lalu dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Alor Setar.
Pei Tty menjelaskan Khe Wei sudah pun pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut kanan yang dialami ketika kejohanan itu.
Biarpun tiada kejohanan kompetitif buat Khe Wei sepanjang lima bulan ini, Pei Tty masih optimis pemain itu mampu menampilkan prestasi yang bagus di Nanjing, China nanti.
"Selepas mengalami kecederaan ini, seseorang pemain memerlukan masa untuk mendapatkan rentak beraksi dalam gelanggang. Jadi saya tidak meletakkan tekanan kepada Khe Wei untuk beraksi di Russia," katanya.
Khe Wei dan Vivian akan menentang gandingan Perancis, Delphine Delrue-Lea Palermo dalam pusingan pertama nanti.
Bagi Pei Tty, perkara lebih penting untuk kedua-dua pemain itu, khususnya Khe Wei, ialah untuk mendapatkan rentak permainannya semula sebagai persediaan untuk menghadapi Sukan Asia.
"Kami sedang berusaha mengatur perlawanan ujian bagi Khe Wei menampilkan sentuhan terbaik sementara menilai perkembangan kecederaaannya."