Hasil daripada konsistensi berterusan daripada beregu nombor satu negara, Pearly Tan-M.Thinaah, ia telah menewaskan pasangan China iaitu Liu Sheng Shu-Tan Ning untuk menduduki tempat pertama.
Bukan dalam kedudukan ranking dunia, tetapi Final Jelajah Dunia BWF yang akan berlangsung di Hangzhou, China bermula 17 hingga 21 Disember depan.
Ini bermakna, pasangan nombor dunai itu merupakan yang dua pemain paling konsisten dalam siri Jelajah Dunia setakat ini, kerana mata ranking yang dikumpul merangkumi semua acara yang telah mereka sertai.
Setakat ini, Pearly dan Thinaah telah memenangi dua gelaran tahun ini dalam Terbuka Thailand dan Terbuka Finland.
Mereka juga meraih naib johan sebanyak empat kali dalam beberapa kejohanan dalam Masters Indonesia, Terbuka Indonesia, Terbuka Japan, Kejuaraan Dunia, selain mara ke empat separuh akhir dalam Terbuka India, Masters Malaysia, Terbuka China, dan Terbuka Hong Kong.
Kini dengan 104,860 mata, mereka menduduki tempat pertama mengatasi Liu-Tan yang berada di tempat kedua dengan 103,150 mata.
Menariknya, ia akan memberi mereka kelebihan selaku pilihan utama dalam Final Jelajah Dunia BWF, dan meletakkan mereka dalam kumpulan yang menguntungkan.
Pearly-Thinaah berada di kedudukan kedua dunia dalam ranking dunia dan agak jauh di belakang pasangan China itu, tetapi kelebihan ranking Jelajah Dunia ini pasti akan memberi mereka rangsangan moral untuk terus mempamer aksi terbaik.