Skip to main content

Badminton

Ong Ewe Hock kongsi kisah ceburi badminton

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ong-ewe-hock.jpg
Bekas pemain kebangsaan, Ong Ewe Hock, percaya peluang harus diberikan apabila mendedahkan bagaimana dia mula-mula menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai pembantu.

Bercakap kepada Tatler Asia https://www.tatlerasia.com/power-purpose/others/serdang-badminton-club-ong-ewe-hock , Ong berkata: "Saya hanya datang untuk membantu apa sahaja yang mereka perlukan, bertanding, mengutip bulu tangkis. Dari situ, saya banyak belajar dengan melihat cara orang lain berlatih dan mula berjinak-jinak," katanya yang diberi ruang menerusi abangnya, Ong Ewe Chye.

40 tahun lalu, bekas pemain perseorangan lelaki negara itu kemudian menyertai persatuan kebangsaan itu ketika berusia 13 tahun.

Dia menyertai sesi latihan BAM ketika cuti sekolah sebagai cara untuk menghabiskan masa dengan bijak selepas kematian ibunya.

Melalui pemerhatian yang mendalam dan minat yang baru terhadap sukan itu, Ewe Hock beransur-ansur menjadi salah seorang pemain perseorangan lelaki yang paling terkenal di negara ini.

Ketika di kemuncak kerjayanya, Ewe Hock membantu Malaysia meraih tiga pingat perak Piala Thomas termasuk satu perak Kejohanan Asia dan dua gangsa Sukan Asia.

Malah, dia menjuarai Terbuka Malaysia pada 1996 & 2001.

Kini sebagai pemilik Kelab Badminton Serdang, Ewe Hock percaya peluang harus diberikan kepada orang lain, sama seperti permulaan langkah dalam kariernya. 

"Kita harus sentiasa memberi peluang kepada mereka yang benar-benar mahu bermain badminton demi mengejar matlamat mereka," katanya. 

Ewe Hock pernah membantu bekas pemain kebangsaan, Soniia Cheah, layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebaik digugurkan oleh BAM.




Anak kelahiran Pulau Pinang itu kini melatih beberapa bekas pemain kebangsaan terutama Jacky Kok yang mempunyai cita-cita tinggi.

Walaupun dibantunya, Ewe Hock mendedahkan bahawa jalan menuju kejayaan bermula daripada kerja keras.

"Kunci untuk berjaya adalah dengan mencabar had anda. Pemain yang bagus, majoriti pemain terbaik memotivasikan dirinya sendiri. 

"Mereka tahu apa yang mereka mahu dan bagaimana untuk mendorong diri mereka sendiri. 

"Hanya selepas itu anda akan naik ke tahap yang lebih tinggi."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video