Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi, tampil mempertahankan keputusannya menurunkan untuk menurunkan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dalam aksi getir menentang Jepun ketika kempen Piala Sudirman 2025 di Xiamen, China, baru-baru ini.
Meskipun gandingan negara itu tunduk dalam pertarungan sengit kepada pasangan Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi, Herry yang turut dikenali sebagai 'Naga Api' menegaskan kekalahan itu berpunca daripada faktor nasib, selepas mereka tewas dengan margin mata yang amat tipis 21-12, 20-22, 21-23.
Herry turut menjelaskan bahawa pemilihan beregu nombor empat dunia itu dibuat setelah menilai tahap keyakinan tinggi yang dipamerkan mereka sebelum perlawanan.
Kekalahan itu menyaksikan Jepun menyamakan kedudukan dua sama, sebelum menoktahkan kemenangan 3-2 ke atas skuad negara.
"Mereka yakin kerana sudah tamat Kejohanan Badminton Asia (BAC), siapapun yang bermain tidak tahu bermain menang dan kalah. Tetapi mereka ada keyakinan.
"Saya rasa lebih yakin meskipun mereka kalah saya beritahu kepada mereka bahawa ada (faktor) tuah. Kerana bermain dalam beregu berbeza." katanya.