Skip to main content

Advertisement

E-Sukan

MPLMY S17: Gandingan Chibi, Cikugais senjata BTR MY tundukkan Vamos?

BTR

Gandingan Chibi, Cikugais senjata BTR MY tundukkan Vamos?

Tumpuan pastinya terarah kepada jungler terbaru Bigetron MY, Muhammad Nazhan Mohd Nor atau dikenali sebagai Chibi, selepas sah menyertai pasukan tersebut di pertengahan saingan Liga Profesional Mobile Legend (MPLMY) musim ke-17.

Advertisement

Setakat ini, Chibi masih belum diturunkan, namun peminat sudah mula menantikan aksi yang bakal ditampilkan hasil gandingan bersama gold-laner, Cikugais atau nama sebenarnya Danial Mohamad Fuad.

Pengalaman luas dimiliki kedua-dua pemain berkenaan menjadikan kombinasi tersebut antara yang ditunggu-tunggu.

Chibi sememangnya dikenali dengan kawalan objektif, manakala Cikugais pula lebih bijak dalam pertarungan berpasukan serta kemahiran membaca permainan yang cemerlang.

Sebagai rekod, BTR MY masih mencari rentak konsisten dengan beberapa keputusan kurang memberangsangkan sebelum ini, termasuk tewas kepada Selangor Red Giant (0-2) dan Team Vamos (1-2), namun dua kemenangan turut dicipta ke atas Team Flash (2-1) dan RRQ Tora (2-0).

Perlawanan seterusnya menentang bekas pasukan chibi iaitu Team Vamos pada 2 Mei depan, bakal mencuri perhatian ramai, dengan debut jungler itu bersama BTR MY yang berpotensi menjadi titik perubahan buat pasukan dalam saingan musim ini.

Must Watch Video