Kejuaraan MotoGP bakal mengucapkan selamat tinggal kepada penyertaan wildcard bermula musim 2027, selepas pengumuman daripada Suruhanjaya Grand Prix (GPC) 30 April lalu.
Langkah itu menamatkan tradisi lama yang membolehkan pengeluar menurunkan pelumba jemputan bagi menguji jentera serta komponen baru.
Advertisement
Sebelum ini, pasukan dominan seperti Ducati tidak dibenarkan menggunakan wildcard disebabkan kedudukan konsesi, manakala pengeluar lain seperti Aprilia, KTM, Honda dan Yamaha diberi peluang berbuat sedemikian.
Bagaimanapun, penyertaan wildcard masih dibenarkan dalam kelas Moto2 dan Moto3.
Kebiasaannya, wildcard membabitkan pelumba berpengalaman yang kembali daripada persaraan atau pelumba ujian yang diberi peluang merasai aksi perlumbaan sebenar bagi membantu pembangunan jentera.
Keputusan itu dibuat ketika MotoGP bersiap sedia menghadapi perubahan teknikal terbesar dalam beberapa tahun, termasuk pengurangan kapasiti enjin daripada 1000cc kepada 850cc bermula musim depan.
MotoGP, Wildcard, 2027, "Suruhanjaya Grand Prix"