Skip to main content

Pickleball

Liu Ying beraksi menuju Hari Sukan Negara

Goh
Advertisement

Menghitung hari Kidsnergy Malaysia International Games 2026 bersempena Hari Sukan Negara, Sabtu ini, Kidsnergy x iMedia Pickleball Day dianjurkan dengan duta dan pengasas Kidsnergy, Goh Liu Ying, tampil beraksi!

Bekas pakar beregu campuran badminton negara itu memberi tunjuk ajar dalam sesi latihan pickleball baru-baru ini yang menjadi sebahagian daripada perjalanan peserta membina keyakinan, kemahiran dan semangat kesukanan anak-anak menuju hari kemuncak pada hujung minggu ini di Arena Sukan Kuala Lumpur.

Advertisement

Daripada latihan teknikal, perlawanan cabaran, penghasilan kandungan bersama iMedia sehingga sesi perkongsian “My Pickleball Story”, setiap aktiviti memberi peluang kepada anak-anak untuk belajar, bermain, mencabar diri dan menyerlahkan potensi mereka sebelum Kidsnergy Malaysia Games Disember kelak.

“Selain didedahkan dengan Latihan Teknikal Pickleball, Pemanasan Dinamik & Pemulihan Sukan, serta Kidsnergy Challenge Match, peserta turut diberi peluang bercerita kisah masing-masing di bawah tajuk My Pickleball Story,” kata Liu Ying.

Advertisement

Liu Ying berkata, sesi pickleball itu adalah satu platform untuk peserta bersiap menyertai Kidsnergy Malaysia International Games 2026 yang menampilkan badminton, pickleball, bola tampar dan Kidsrix.

Bersempena Hari Sukan Negara, Kidsnergy Malaysia International Games 2026 menampilkan badminton dan bola tampar pada Sabtu dan Ahad ini, manakala pickleball dianjurkan pada 16-18 Oktober nanti.

“Kidsnergy Malaysia Games menghimpunkan elemen sukan, kemahiran, persahabatan dan pengalaman dalam satu komuniti Kidsnergy sebagai satu platform, pelbagai sukan dalam satu komuniti,” kata pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu.

Dalam pada itu, pengasas bersama Kidsnergy, Wong Kang Woon, mengumumkan tarikh baharu Kidsnergy Grand Finale Run - satu larian khas untuk kanak-kanak dan keluarga bagi meraikan gaya hidup aktif dan semangat kebersamaan sempena Kidsnergy Malaysia Games di Dataran DBKL pada 13 Disember nanti.

Dia menyeru kepada pengikut Kidsnergy agar jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan Kidsnergy!

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video