Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Cadangan hebat FIFA buat semua kelab di dunia

B-21

Liga Malaysia (Liga-M) juga bakal diwajibkan dengan peraturan sama.

Satu usul berlangsung dalam Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkenaan peraturan kuota 11 pemain atas padang untuk sesebuah pasukan.

Advertisement

Menurut perbincangan, sesebuat kelab perlu menurunkan sekurang-kurangnya seorang tonggak bawah 20 tahun (B-20) atau B-21 atas padang.

Perbincangan itu mendapat kelulusan untuk ditentukan dalam mesyuarat seterusnya pada tahun hadapan.

Meskipun kelihatan ketat, sekiranya diluluskan, maka semua kelab di dunia perlu menurunkan ubi muda dalam kesebelasan utama.

Satu inisiatif terbaik bagi mempelihara bakat tempatan?

Bagi arena tempatan, beberapa kelab Liga Super mengamalkan pendekatan menurunkan pemain B-23 dan ke bawah dalam senarai kesebelasan utama atau di bangku simpanan.

Malah, Liga Bolasepak Amatur (AFL) juga menguatkuasakan peraturan sekurang-kurangnya tiga pemain B-23 untuk setiap kelab yang bertanding.

Liga terkemuka dunia seperti Liga Perdana Inggeris (EPL) mengamalkan konsep berlainan apabila menetapkan kelab wajib mempunya 17 pemain akademi dalam senarai skuad secara keseluruhan.

Pemain mestilah berada di akademi sesebuah kelab sekurang-kurangnya tiga tahun sebelum mereka mencecah usia 21 tahun. Syarat ini terpakai kepada semua pemain tak kira pemain tempatan atau pemain import.
 

Must Watch Video