Skip to main content

Badminton

MSN tetap bantu beregu profesional

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chan-mpeng-soon-goh-liu-ying.jpg
Majlis Sukan Negara (MSN) akan tetap membantu pasangan beregu lelaki profesional, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, untuk menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Langkah itu akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa kerja bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Isnin depan.


MSN sedar beregu lelaki dan beregu campuran negara masih lagi taruhan terbaik negara dalam pemburuan pingat dalam Sukan Olimpik Tokyo walaupun sudah meninggalkan BAM.

Pada awalnya, gandingan itu diletakkan dalam kluster 2 Sistem Tier, namun perkembangan semasa menuntut satu keputusan dibuat bagi memastikan semua pihak mendapat keputusan terbaik.

"Pada dasarnya, kesemua pemain yang keluar (daripada BAM) sudah berada dalam senarai awal program MSN.

"Ini adalah perkembangan terbaru dan perlu dibincangkan semula oleh jawatankuasa kerja yang turut dianggotai oleh MSN, persatuan kebangsaan dan Institut Sukan Negara (ISN)," kata Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail. 

Mana-mana atlet yang memilih untuk menjadi profesional perlu bergerak secara sendirian tanpa mengharapkan bantuan kerajaan.

Namun, ia terpulang kepada budi bicara MSN dan BAM. 

Perkembangan ini bermakna hanya jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei, kekal bersama BAM berbanding tiga pemenang pingat perak temasya Olimpik Rio 2016 itu. 

Dalam perkembangan lain, MSN meluluskan kontrak menguruskan kafe kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).

"Elemen perniagaan ini harus dipandang serius. Ini bermakna YAKEB perlu memandang serius (untuk menjana) sumber pendapatan yang lebih kukuh," tambah Shapawi. 

Advertisement

Must Watch Video