Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memuji sikap kekeluargaan dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas Pemangku Presiden, Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid, sah memberi laluan buat Datuk Seri Norza Zakaria menang tanpa bertanding dalam pemilihan mesyuarat agung tahunan persatuan itu 29 April ini.
Bagi Setiausaha Agung MOM, Datuk Low Beng Choo, kedua-dua tokoh, Al-Amin dan Norza, adalah pemimpin sukan berkaliber.
Dia berpendapat penting buat dua tokoh ini terus berkhidmat bersama BAM.
Al-Amin dijangka dicalonkan sebagai penasihat BAM oleh ahli majlis persatuan itu 29 April ini, yang membolehkannya terus membantu badan itu.
"Kedua-duanya pemimpin yang diperlukan dalam arena badminton Malaysia.
"Penting mereka mencapai persefahaman agar kita tidak kehilangan individu penting. Jadi, kami mahukan kesemua pemimpin berkerjasama dalam mencapai kejayaan," ujar Beng Choo.
Dalam pada itu, pemerhati sukan, Rizal Hashim, melontarkan nada berbeza walaupun mengakui Norza seorang pentadbir sukan berkebolehan.
Bagi Rizal, adalah lebih baik jika adanya pertandingan dalam memilih pucuk pimpinan sesebuah persatuan sukan kebangsaan.
"Bagi saya, perjanjian 'gentleman' ini tidak sihat untuk sukan negara kerana dalam pemilihan badan sukan, perlu ada demokrasi yang diamalkan dengan baik," jelasnya.