Skip to main content

Badminton

Misbun, BAM kembali bersatu

datuk-norza-080617.jpg
Datuk Misbun Sidek kembali bersama skuad badminton negara.

Perkara itu disahkan sendiri Presiden, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria, dengan tugas utama  Misbun adalah melatih bahagian perseorangan lelaki.

Pelantikan semula Misbun selaku ketua jurulatih perseorangan lelaki negara bertujuan mengembalikan prestasi pemain perseorangan negara yang kian hambar di pentas antarabanagsa.

Ini bermakna Misbun akan bergandingan dengan Hendrawan, manakala jurulatih sedia ada , Tey Seu Bock, ditukarkan ke kem perseorangan wanita.

"Seperti semua sedia maklum, Misbun memahami apa yang diperlukan untuk menjadi pemain perseorangan terbaik negara. 

"Saya juga mahukan jurulatih yang dihormati setiap pemain, terutama (Datuk Lee) Chong Wei. Kerana itulah saya katakan, saya mahu membentuk satu ekosistem di mana semua pihak bekerjasama dengan baik," jelas Norza.

Selain itu, Cheah Soon Kit diberi tanggunjawab untuk mengemudi beregu lelaki -- sambil dibantu Jeremy Gan dan Rosman Razak -- manakala Chin Ee Hui akan menjadi ketua jurulatih beregu campuran, dengan Wong Pei Tty kekal menerajui beregu wanita.

"Saya percaya dengan adanya Misbun dan Cheah Soon Kit, saya berasakan ia satu gandingan mantap," tambah Norza.

Selain Misbun, BAM turut mengumumkan pelantikan dua jurulatih baru,  Hoon Thien How dan Teo Kok Siang.

Advertisement

Must Watch Video