Skip to main content

Badminton

Misbun bakal kembali bersama BAM?

060617norza.jpg
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria, sukar memberi pengesahan sama ada bekas ketua jurulatih negara, Datuk Misbun Sidek, akan kembali ke pangkuan persatuan itu atau tidak dalam masa terdekat ini.

Norza, bagaimanapun, mengesahkan, akan berlaku perubahan dalam struktur kejurulatihan BAM.

Ia juga akan membabitkan beberapa bekas pemain negara.

"Saya tidak boleh mengulas apa-apa lagi. Beberapa langkah harus diambil untuk melaksanakan perkara ini tetapi tidak mustahil bekas pemain negara akan kembali bersama BAM," kata Norza.

Beberapa gambar pertemuan pemain perseorangan utama badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, bersama Misbun di laman sosial turut menguatkan kemungkinan Misbun akan kembali ke BAM.

Dalam pada itu, Norza mengesahkan Chong Wei tidak akan terbabit dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos depan kerana pembabitannya dalam Kejohanan Dunia di Glasgow.

Norza percaya barisan pemain yang diturunkan dalam Sukan SEA tetap mampu memcabar walaupun tanpa kelibat Chong Wei.

Thailand dan Indonesia dilihat sebagai pencabar utama barisan negara.

"Kami menjangkakan cabaran sengit akan dipamerkan oleh Thailand dan Indonesia bagi saingan Sukan SEA kali ini," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video