Skip to main content

Badminton

Mereka perlu belajar kuatkan mental -- Goh Liu Ying

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bad.jpg
Pemenang pingat perak beregu campuran Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016, Goh Liu Ying, tidak runsing melihat prestasi gandingan juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, ketika tumpas straight set kepada Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran, di pentas final Masters China 2025, baru-baru ini.

Ketika harapan menggunung diletakkan terhadap Tang Jie-Ee Wei mengulangi magis di Kejohanan Dunia BWF lalu, penyudah klimaks yang didambakan tidak kunjung tiba.

Untuk rekod, keputusan itu juga merupakan kekalahan keempat wakil negara itu kepada Dechapol-Supissara dalam lima pertemuan terakhir.

Disebalik aksi goyah Tang Jie-Ee Wei, realiti sebenarnya adalah gandingan yang menghuni ranking ketiga dunia itu telah melakukan penampilan pertama mereka di pentas final Jelajah Dunia Super 750 itu.



 

Tiada niat untuk menghukum, mengkritik atau senada dengan pandangan itu, Liu Ying cukup arif dengan senario yang dilalui gandingan yang sinonim dengan jolokan 'The Little Gangster' itu ketika ini.

Liu Ying melihat kekalahan Tang Jie-Ee Wei di final Masters China itu daripada perspektif berbeza, selain menawarkan amanat untuk dijadikan panduan pada kejohanan akan datang bermula dengan Terbuka Korea Selatan.

"Sekarang bukan mengenai prestasi dalam latihan sahaja tetapi tekanan daripada luar dan jangkaan penyokong, mereka sendiri perlu belajar.

"Bukan sahaja daripada dalam gelanggang tetapi luar juga perlu belajar kuatkan mental bagaimana mahu mengatasi, apabila mengejar pasukan lawan tidak begitu sukar tetapi jika sebaliknya lagi sukar.

"Saya fahami prestasi mereka dengan tidak cukup waktu rehat dalam kejohanan yang kompetitif, jika mereka mampu merancang dengan cara betul mereka akan mampu berada dalam lima kelompok terbaik." tambahnya.
Badminton

Badminton Untuk Semua Generasi

Daripada rekreasi ke kejohanan, raket badminton selesa ini teman terbaik di gelanggang.


Pilih Raket Anda

Advertisement

Must Watch Video