Man Wei Chong-Tee Kai Wun merangkul kejuaraan Masters Malaysia 2025 selepas menundukkan rakan senegara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dalam satu 'pertemuan abang-adik', sebentar tadi.
Wei Chong-Kai Wun dari awal lagi garang mengatur permainan di Axiata Arena, Bukit Jalil, itu untuk menghasilkan kejayaan straight set.
Gandingan nombor lapan dunia itu selesa mendahului 16-9 sebelum menutup set pertama 21-12.
Namun, Aaron-Wooi memperkemaskan permainan mereka dan selepas kutipan lima mata berturut-turut kembali melonjakkan mereka di depan sebelum menamatkan set kedua 21-15.
Begitupun, rejaman tajam Kai Wun menjadi senjata utama untuk menjadi titik tolak kepada gandingan 'adik' itu.
Selepas separuh perjuangan set ketiga berlangsung sengit dan terikat 8-8, mereka bijak mengambil kesempatan pada detik getir untuk menjarakkan diri, sekali gus menang 21-16 untuk ditabalkan juara dan menamatkan kemarau 14 tahun oleh wakil negara.