Man Wei Chong-Tee Kai Wun bertekad memberi penekanan terhadap prestasi di atas gelanggang berbanding gelaran.
Walaupun ditabalkan juara beregu lelaki Masters Malaysia 2025 selepas mengatasi gandingan senior negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, di Axiata Arena, semalam.
Begitupun, Man-Tee menyedari prestasi terbaik bukan mudah untuk dikekalkan dan beregu kelapan dunia itu berhajat meneruskan momentum itu dalam Terbuka Singapura (super 750) dan Terbuka Indonesia (super 1000).
"Set pertama dan kedua mungkin mengenai taktikal. Penghujungnya mengenai siapa yang lebih berani kerana bulu tangkis laju, apa-apa boleh jadi.
"Kami bincang untuk kerahkan segala kudrat.
"Yang penting kami persiapkan diri untuk menghadapi kejohanan berturut-turut kerana perlahan-lahan tenaga akan menurun," kata Kai Wun wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Wei Chong pula berpuas hati walaupun berpuas hati dapat menebus kekecewaan dua tahun lalu, tidak mahu terlalu terbawa-bawa sambil menganggap perjalanan mereka masih jauh.
"Permainan kami pada hari ini agak bagus. Kami gembira kerana dua tahun lalu kami dapat nombor dua. Tetapi hari ini punya hal, minggu depan (ini) ada satu lagi kejohanan.
"Kami belum menang kejohanan besar lagi. Tapi kami tidak mahu fikir pasal keputusan sangat dan hanya hanya memikirkan konsisten daripada permainan," katanya pula yang akan membuka kempen di Singapura bertemu gandingan Taiwan, Chen Zhi-ray/Lin Yu-chieh.