Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Badminton

Masters Malaysia: Kami beraksi tidak lihat ranking lawan -- Pearly-Thinaah mara!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pearly.jpg
Beregu nombor satu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, tidak berdepan masalah untuk menewaskan lawan dari Hong Kong Fan Ka Yan-Yai Mau Ting dalam saingan Masters Malaysia, sebentar tadi.

Pertembungan yang berlangsung selama 37 minit minit itu menyaksikan juara Terbuka Thailand 2025 itu beraksi baik dan menang menerusi aksi straight set 21-17,21-16 di Axiata Arena, Bukit Jalil.



 

Wakil negara yang turun selaku pilihan ketiga kejohanan akan meneruskan cabaran pusingan kedua di tempat sendiri berdepan wakil Thailand, Pichamon Phatcharaphisutsin-Nannapas Sukklad, yang berada di ranking ke-85 dunia esok.

"Memang ada pukulan jaring yang jadi dan tidak, esok perlu konsisten lagi. Komunikasi kami juga baik, kami harap dapat meneruskan (momentum)." kata Pearly.

"Sekarang kami turun beraksi tidak lihat ranking (lawan), ia hanya angka. Jadi hanya bersedia berdepan lawan yang akan kami hadapi." tambah Thinaah.

Advertisement

Must Watch Video