Skip to main content

Badminton

Masters Malaysia: Aaron-Wooi Yik mara ke pusingan kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wooi.jpg
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Masters Malaysia 2025 selepas menewaskan wakil Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin, sebentar tadi.

Tempoh 42 minit diperlukan wakil negara yang berada di ranking keempat dunia itu untuk menang menerusi aksi straight set, 21-17,21-16, di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Set pertama menyaksikan saingan sengit dengan kedua-dua pasukan saling berkejaran mata hingga terikat 8-8, wakil negara yang beraksi baik memastikan kemenangan 21-18.



 

Momentum itu diteruskan juara Terbuka Thailand 2025 itu dalam set kedua apabila wakil negara yang beraksi kemas, walaupun lawan di ranking ke-17 dunia itu cuba bangkit namun terpaksa akur tewas 16-21.

Aaron-Wooi Yik akan berdepan Liu Kuang Heng-Yang Po Han  turut dari Taiwan yang berada di ranking ke-21 dunia esok.
 

Advertisement

Must Watch Video