Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyedari tiada laluan mudah buat mereka sambil mengakui pelapis mereka, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, berhak menjuarai Masters Malaysia 2025 di Axiata Arena, semalam.
Bagi Aaron, apa yang penting adalah mutu persembahan keseluruhan, lebih-lebih lagi bahagian beregu lelaki negara bagi menghadiahkan kejayaan kepada penyokong tempatan.
"Kami dah buat yang terbaik. Tahniah kepada rakan sepasukan Man-Tee. Mereka bermain lebih baik pada kali ini jadi kami teruskan fokus (ke depan). Beregu lelaki negara menampilkan prestasi baik pada kali ini.
"Kami kena belajar lagi, terus bekerja keras," kata Aaron.
Wooi Yik tidak mahu memikirkan terlalu jauh dan mengalihkan tumpuannya untuk pertemuan dengan wakil Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dalam pusingan pertama Terbuka Singapura.
"Kami fokus secara berperingkat, kami cuma perlu jaga keadaan diri dalam tempoh dua hari ini.
"Kami akan menghadapi kejohanan berturut-turut. Kita tengoklah apa yang boleh dilakukan selepas ini.
"Terima kasih atas sokongan penyokong untuk pencapaian hari ini. Walaupun penat, kami masih bersungguh-sungguh berjuang untuk negara," katanya.