Ketiadaan Datuk Lee Chong Wei yang menarik diri daripada Kejohanan Badminton Dunia dan Sukan Asia, mengundang persoalan mampukah jaguh perseorangan negara ini kembali ke gelanggang setelah dibelenggu masalah kesihatan?
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan penarikan diri Chong Wei daripada Kejohanan Dunia dan Sukan Asia Indonesia ekoran mengalami masalah pernafasan.
Ini merupakan satu situasi yang luar biasa memandangkan Chong Wei tidak pernah mengalami simptom sedemikian dan terpaksa berehat selama lebih sebulan.
Dalam masa sama, BAM masih menaruh harapan bahawa Chong Wei mampu bangkit daripada masalah kesihatan ini di sebalik umurnya sudah mencecah 36 tahun.
"Buat masa ini, Chong Wei berharap," kata Setiausaha Agung BAM, Datuk Ng Chin Chai.
Sementara itu, ketua jurulatih perseorangan lelaki, Datuk Misbun Sidek, yakin kemahuan tinggi yang dimiliki Chong Wei mampu mengatasi masalah berkenaan dalam usaha untuk kembali mengerah keringat semula di dalam gelanggang.
Chong Wei dikhabarkan sudah seminggu tidak turun berlatih di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara selepas pulang daripada menyertai Kejohanan Terbuka Indonesia.
"Saya melihat keadaan ini, Chong Wei adalah seorang pejuang. Dia seorang yang tidak pernah selesa untuk berehat. Paling lama dia tidak berada di gelanggang adalah selama dua hingga tiga hari.
"Kali ini, dia terpaksa berehat panjang ekoran masalah kesihatan dan saya yakin Chong Wei mampu menanganinya," kata Misbun.