Pemain beregu campuran negara, Goh Liu Ying, kekal positif dengan perancangan untuk tampil lebih bertenaga tahun depan tatkala dia menjalani proses pemulihan akibat kecederaan bahu.
Karier Liu Ying sekali lagi dihimpit kecederaan jangka panjang, kali ini kecederaan bahu yang dialaminya dalam saingan Terbuka India, April lalu.
Situasi itu sekaligus mengulangi detik hitam 2014 di mana dia terpaksa menjalani pembedahan lutut kiri dan kanan yang menyaksikan dia tersisih lama.
Situasi itu memaksa Liu Ying serta gandingannya, Chan Peng Soon, melupakan hasrat untuk beraksi dalam Kejohanan Dunia Glasgow, Ogos nanti.
Dia menjalani pembedahan di Halle, Jerman, pada 15 Mei lalu dan kini dalam proses pemulihan dengan sasaran seterusnya sudah pasti Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2018.
"Dalam tempoh dua minggu pertama, kesakitannya begitu teruk.
"Saya hanya boleh mengangkat tangan sebanyak 90 darjah sahaja.
"Saya kembali ke Malaysia untuk menjalani proses pemulihan agar tahap fleksibel dan kekuatan bahu saya pulih sebelum kembali ke gelanggang.
"Saya amat berharap dapat beraksi dalam Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2018," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran autobiografinya di Kuala Lumpur, hari ini.
Buku berkenaan memaparkan perjalanan dirinya sepanjang bergelar pemain kebangsaan dan akan mula diedarkan Oktober depan.
"Sebelum ini, memang ada pihak yang mencadangkan saya untuk menghasilkan buku ini.
"Ketika berehat akibat kecederaan, barulah saya mempunyai masa untuk merealisasikannya.
"Saya agak terkejut dengan kehadiran peminat pada hari ini."