Aspirasi Datuk Lee Chong Wei sebelum menggantung raket adalah menamatkan kemarau bergelar juara dunia tetapi dia perlu berwaspada dengan seteru tradisinya, Lin Dan, yang dilihat tetap bernafsu untuk merangkul gelaran itu buat kali keenam.
Itu pandangan bekas pemain perseorangan kebangsaan, Hafiz Hashim, selepas meneliti dua pertembungan antara dua pemain berseteru itu musim ini.
Lin Dan sudah membuat Chong Wei berputih mata dua kali dalam final Siri Super Premier Terbuka Malaysia dan separuh akhir Kejohanan Badminton Asia, bulan lalu.
"Saya berasakan Lin Dan mahu memenangi gelaran kejuaraan dunia. Melihat kepada prestasi semasanya, saya percaya dia sedang membuat persiapan untuk kejohanan yang berlangsung di Glasgow nanti," katanya.
Selain perincian dalam meningkatkan mutu permainan, Hafiz berasakan Lin Dan pemain berbeza apabila berentap dengan pemain dalam kelompok lima terbaik dunia.
Kelebihan itu akan menjadi pemisah sekiranya dua ikon ini berentap dalam aksi tekanan tinggi seperti penentuan kejuaraan dunia.
"Lin Dan, ketika beraksi dengan pemain yang di bawah ranking, dia seakan beraksi dengan sambil lewa. Tetapi jika beraksi dalam separuh akhir atau akhir dalam sesebuahkejohanan, kesungguhannya jelas dapat disaksikan."