Tiada persoalan lagi tentang prestasi kem beregu negara pada Kejohanan Dunia! Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta Pearly Tan-M. Thinaah, menjadi saksi kehebatan mereka beraksi pada kejohanan tersebut.
Bagaimanapun, kem perseorangan negara gagal mengikut jejak langkah tersebut dan prestasi mereka diibaratkan bagai langit dengan bumi jika dibandingkan dengan kem beregu negara.
Pemenang gangsa perseorangan lelaki Piala Dunia 1997 Yogyakarta, Ong Ewe Hock, menegaskan strategi terbaik Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam menangani permasalahan kualiti dalam kem perseorangan negara adalah dengan menambah 'kumpulan pemain' di peringkat akar umbi.
Tegas bekas pemain berusia 53 tahun itu, BAM perlu memulakan pencarian di peringkat akar umbi bukan sahaja menerusi kejohanan di peringkat dunia tetapi perlu turun padang melihat bakat- bakat yang tersedia di peringkat kelab malah pemain yang memiliki kemahuan tinggi bergelar juara sejak usia kecil juga perlu diketengahkan.
Tambah Ewe Hock, BAM perlu mempunyai sekurang-kurangnya 20 pemain perseorangan berkualiti di peringkat akar umbi untuk memastikan bekalan dibawa ke peringkat elit bukanlah suatu bebanan.
"20 pemain diperlukan dalam BAM bagi kategori perseorangan. Itu salah satu langkah perlu dibuat dengan memiliki pilihan pemain yang besar," katanya menerusi Nadi Arena.
Mengulas kapasiti Lee Zii Jia serta Leong Jun Hao, yang gagal meneruskan kemaraan lebih jauh, dia percaya pemain tersebut masih berpeluang melakar sesuatu jika tidak dihimpit kecederaan dan berada pada prestasi terbaik mereka.
"Jurulatih (Kenneth Johansson) lebih arif apa yang diperlukan pemain, dia memiliki pengalaman yang luas mengendalikan pemain bertaraf dunia seperti Victor Axelsen."