Peminat jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, pastinya enggan terlepas peluang untuk menyaksikan tayangan perdana filem biopik diinspirasikan daripada kisah sebenar pemain itu yang bakal menemui penonton pada 9 Mac ini.
Dengan keistimewaan durasi sepanjang 133 minit bakal menjadi tarikan eksklusif, tayangan perdana filem berjudul Lee Chong Wei itu bakal menampilkan babak yang tidak akan terdapat dalam tayangan di pawagam.
Lebih membanggakan, tayangan tersebut akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan dijangka menerima kehadiran seramai 20,000 peminat dari dalam dan luar negara.
Filem arahan Tee Bee itu menampilkan pelakon, Tosh Chan, yang memegang watak Chong Wei manakala Datuk Rosyam Nor pula memainkan watak sebagai jurulatih, Datuk Misbun Sidek.
Tiket boleh didapati dengan harga RM88, RM108, RM129 dan RM168.
"Saya rasa tayangan pada 9 Mac ini sangat istimewa kerana ini kali pertama Chong Wei menilai filem yang berkisarkan masa lalunya.
"Kisahnya itu akan ditonjolkan dan dikongsikan kepada dunia. Sudah tentu tayangannya akan menjadi sangat eksklusif," kata penerbit filem tersebut, Josiah Cheng.