Tan Kian Meng tidak tertekan dengan keperluan memikul tugas sebagai gandingan beregu campuran nombor satu negara bersama pasangannya, Lai Pei Jing.
Status sebagai pasangan no. 1 Malaysia bukan sesuatu yang diminta kedua-dua pemain ini ketika skuad beregu campuran kehilangan khidmat Goh Liu Ying untuk musim ini.
Bagaimanapun, berdasarkan prestasi semasa, Kian Meng dan Pei Jing berada dalam landasan tepat bagi membuktikan kredibiliti mereka semakin meningkat.
Jika ada yang mempersoalkan kemampuan mereka, Kian Meng lebih selesa membuktikan sebarang keraguan dengan kejayaan di pentas antarabangsa.
"Saya tidak anggap ia sebagai satu tekanan, sebaliknya motivasi untuk saya," ujarnya.
Perkembangan terkini dalam skuad beregu campuran negara turut mempengaruhi kempen Malaysia secara keseuluran dalam Kejohanan Dunia.
Tatkala Liu Ying terpaksa berehat panjang, Chan Peng Soon akan mengalih tumpuan kepada saingan Sukan SEA bersama gandingan muda.
Ini bermakna Kian Meng-Pei Jing adalah wakil tunggal negara dalam beregu campuran di Glasgow, Scotland.
"Keputusan amat penting tetapi barisan jurulatih dan Morten Frost (Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia) juga tidak meletakkan sebarang tekanan.
"Ketika ini, saya lebih mementingkan prestasi di pentas antarabangsa. Buat masa ini, fokus saya adalah memantapkan permainan kami," tambahnya.