Ketiadaan aksi kompetitif tidak menjejaskan persiapan pemain beregu wanita negara, Woon Khe Wei, yang bakal beraksi buat kali pertama dalam tempoh lima bulan tatkala berpasangan dengan rakan lama, Vivian Hoo, menjelang Kejohanan Badminton Dunia di Nanjing, China bermula esok.
Khe Wei bakal melakukan penampilan semula selepas berehat selama lima bulan ekoran masalah kecederaan di pergelangan kaki ketika beraksi dalam saingan kelayakan Piala Uber di Alor Setar, Februari lalu.
Dia mengakui masih berhati-hati ketika sesi latihan kerana khuatir kecederaannya berulang, namun tetap akan mencuba sedaya-upaya apabila bakal menentang pasangan dari Perancis, Deplhine Derue dan Lea Palermo, dalam pusingan pertama.
"Kejohanan Dunia akan bermula esok dan keadaan saya kini mencapai 80 peratus.
"Kami berpeluang, lebih-lebih lagi kami tidak pernah tewas di tangan wakil Perancis," katanya.
Berbanding Vivian yang sering beraksi dalam beberapa kejohanan kompetitif dalam tempoh beberapa bulan terakhir, Khe Wei masih cuba untuk mencari semula keserasian di dalam gelanggang.
Bagaimanapun, dia percaya mereka mampu menyingkirkan pasangan Perancis dalam pertemuan pertama kali itu walaupun ranking dunia memihak kepada Derue dan Palermo yang berada di tangga ke-37 berbanding Vivian dan Khe Wei di tangga ke-49.
"Saya telah berbincang dengan Vivian memandangkan saya sudah lama tidak beraksi. Saya rasa Vivian akan membimbing saya di dalam gelanggang."