Skip to main content

Advertisement

Badminton

Keputusan terletak pada Chong Wei -- Norza

norza.jpg
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria, memberi ruang kepada Datuk Lee Chong Wei untuk memikirkan masa depannya selepas kembali daripada proses pemulihan sama ada mahu terus beraksi ataupun sebaliknya.

Chong Wei sudah pun mengerah keringat untuk Malaysia sepanjang lebih satu dekad lalu dan pada usia 36 tahun, ini merupakan kali pertama dia berehat panjang daripada sebarang sesi latihan ekoran mengalami masalah pernafasan.

Chong Wei dikhabarkan perlu tempoh sebulan untuk berehat dan BAM menyerahkan seluruh keputusan kepadanya sendiri untuk menentukan sama ada dia akan kembali berkhidmat untuk negara atau sebaliknya.

Jika Chong Wei akan terus bersama Malaysia ataupun tidak, BAM sudah meletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya mempunyai dua wakil negara bagi setiap acara dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020. 

"Kami sasarkan dua peserta dalam setiap acara di Tokyo. Tetapi jika Chong Wei masih lagi pilihan utama negara dan layak beraksi, dia akan beraksi di sana. Jadi, ini merupakan cabaran buat pemain-pemain lain menentukan diri mereka turut layak beraksi," kata Norza.

Penarikan diri Chong Wei daripada Sukan Asia Indonesia bulan depan juga memaksa BAM untuk menukar sasaran pingat yang ditetapkan daripada tiga pingat kepada dua pingat.
 

Advertisement

Must Watch Video