Kelab Badminton (BC) Kepong kini melebarkan sayapnya hingga ke luar negara apabila menubuhkan cawangan akademi baru di Dongguan, China yang dilancarkan 1 Jun lalu.
Ini merupakan usaha Kepong BC bagi memastikan program pembangunan mereka terus berkembang dengan mendapatkan pertukaran ilmu dari luar.
Penubuhan akademi ini adalah hasil jalinan kerjasama di antara Dewan Badminton Xin Yu dan Dewan Badminton Jia Li.
Akademi yang dinamakan Kepong 1 BC tersebut setakat ini telah menghimpunkan hampir 20 pelatih dan dijangka akan terus berkembang.
"Kami memiliki tajaan dari China kerana Purple League sangat popular di sana. Mungkin satu hari nanti Purple League akan berada di sana," kata Candy Bee, Presiden Kelab Kepong BC.
Selain itu, Kepong BC turut menganjurkan satu kejohanan peringkat remaja dari 3 hingga 6 Jun bagi mencungkil ramai bakat baru untuk kelab itu.
"Kami mahu memberi peluang kepada bakat muda merasai bermain lima perlawanan secara berurut-turut
untuk mempelajari beberapa teknik dan ilmu yang bermanfaat buat mereka," jelas pengarah Kejohanan Badminton Remaja Kepong BC, Wilson Chew.