Sambutan Hari Raya tidak lengkap jika tiada cerita menarik daripada legenda badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei, yang berkongsi pelbagai telatah sekeluarga yang menghiburkan.
Bersempena perayaan Aidilfitri, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam yang menyambut.
"Semoga Hari Raya kali ini membawa kebahagiaan, ketenangan, dan keberkatan kepada anda dan keluarga.
"Dan seperti tahun-tahun lalu, macam sukan badminton, kita kosong-kosong ya. Sayang semua," katanya di Facebook.
Pesan bekas pemain kebangsaan itu, dia juga berharap supaya pemain badminton tanah air juga boleh bertolak ansur.
Di sebalik ucapan itu, bekas pemain nombor satu dunia itu menceritakan kisah anak-anaknya iaitu Kingston yang pertama kali mencuba merasai pengalaman berbuka puasa.
Namun, momen mencuit hati terjadi apabila Chong Wei tersalah tafsir maksud Kingston kerana anak pertamanya itu salah menulis perkataan sebenar.
"Minggu lepas, sekali sekala kami bagi peluang Kingston memiliki telefon bimbit, terutamanya ketika dia pergi tuisyen. Tiba-tiba, dapat satu WhatsApp dari dia: "Pa, datang awal. I wanna learn berak fast."
Chong Wei membalas dengan penuh terkejut dan berseloroh dengan penuh lucu.
"Apahal anak aku ni?" soalnya.
Tanpa ragu-ragu, Kingston dengan pantas memperbetulkan kenyataan terdahulu dengan memberitahu bahawa dia ingin cuba berbuka puasa seperti yang dijanjikan bersama rakan-rakannya, Amli dan Syihan.
Tanpa berselindung Chong Wei tergelak, dalam masa sama, setuju dengan permintaan cahaya matanya.
"Pada malam tersebut, selepas siap menyediakan juadah atas meja, jam dah tunjuk lebih kurang 7.20 malam.
"Sambil duduk, aku nampak Kingston capai air bandung dia dan bersedia nak minum.
"Cepat-cepat aku tahan.
"Belum lagi, harus tunggu azan!" katanya.
Kini, giliran Kingston pula tidak memahami maksud ayahnya itu dan terus menghubungi kawan-kawannya untuk bertanya dengan penuh keliru.
"Woi. Apa benda ni woi. Buka puasa kena ajak Norazan ke?
"Korang tak bagitau!"
Begitulah celoteh Lee Chong Wei sekeluarga yang sering menghiburkan hati peminat tempatan dengan telatah yang tidak kering gusi.