Skip to main content

Advertisement

Badminton

Kejohanan Dunia: Kian Meng-Pei Jing lepasi rintangan sulung

pei-jing.jpg
Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, menjadi wakil Malaysia pertama yang mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia di Nanjing, China, yang bermula hari ini. 

Di atas kertas, Kian Meng-Pei Jing seharusnya tidak menghadapi masalah untuk menewaskan gandingan dari Taiwan, Liao Min Chun-Chen Hsiao Huan.

Namun, empat kejohanan lalu menyaksikan mereka kerap terkandas dalam pusingan pertama, iaitu Kejohanan Asia pada April, seterusnya Terbuka Malaysia, Terbuka Indonesia dan yang terakhir di Thailand.

Dalam pertarungan hari ini, Kian Meng-Pei Jing memperbaiki aspek permainan mereka untuk melakar kemenangan 21-16, 21- 15.

"Kemenangan hari ini penting untuk melonjakkan keyakinan kami.

"Sudah lama kami tidak melepasi pusingan pertama, oleh kerana itu saya berasa sangat gembira. 

"Saya harap dapat meneruskan momentum kemenangan ini, " kata Kian Meng.

Selepas ini, halangan yang menanti mereka adalah gandingan dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.

"Kami pernah berdepan dengan mereka pada 2016 dan pertarungan ketika itu berlangsung sengit. 

"Kini, keadaan sudah berubah dan kami perlu memberikan aksi terbaik memandangkan mereka bukan calang-calang beregu campuran," kata Pei Jing. 

Advertisement

Must Watch Video